Monday, 24 February 2020

Pelan Strategik UniSZA

UniSZA mentakrifkan istilah 'Rancangan Strategik' sebagai perancangan satu set pilihan/keputusan yang akan meletakkannya dalam sektor pengajian tinggi, dari segi kualiti perkhidmatan/produk dan keberkesanan kos. Demikian, sebelum sebarang keputusan yang tepat dapat dipersetujui dengan kajian-kajian Analisis SWOT (Strenghts, Weaknesses, Opportunities dan Threats) dan Analisis Ketinggalan (Gap Analysis) untuk mendapat gambaran yang jelas kedudukan UniSZA berbanding dengan institusi yang sudah terkenal dalam bidang yang dikenal pasti. Lantaran itu, rumusan kajian tersebut adalah ditunjukkan di bawah:

{xtypo_rounded2}

Kekuatan (Strenghts)

  1. Penyertaan KUSZA menjadi sebahagian UniSZA membolehkan UniSZA terus berfungsi dengan:
    1. Program/kurikulum tersedia ada yang telah diluluskan oleh KPT dan diiktiraf oleh JPA;
    2. Staf pentadbiran yang berpengalaman;
    3. Prasarana dan infrastruktur P&P;
    4. Kemudahan pelajar (penginapan/pengangkutan/sukan & rekreasi).
  2. Penjenamaan yang sudah tersedia ada yang hanya memerlukan penambahbaikan.
  3. Sokongan yang baik dan kerjasama erat dari kerajaan negeri.

{/xtypo_rounded2} {xtypo_rounded2}

Kelemahan (Weaknesses)

  1. Sumber Manusia
    1. Bilangan staf yang mempunyai tahap kelayakan akademik tertinggi (Ph.D) adalah rendah;
    2. Budaya kerja yang tidak berteraskan kualiti dan keberkesanan kos.
  2. Prasarana P&P/kemudahan pelajar
    1. Keperluan renovasi dan pengakuran kepada keperluan keselamatan;
    2. Kelengkapan/peralatan yang usang.
  3. Kurikulum
    1. Keperluan untuk semakan untuk memastikan kurikulum memenuhi keperluan semasa, misalnya catatan hasil pembelajaran dan kaedah penaksiran yang lebih terperinci;
  4. Sistem tindak balas dan penyelenggaraan perlu diolah semula.

{/xtypo_rounded2} {xtypo_rounded2}

Peluang (Opportunities)

  1. Kekuatan KUSZA dalam pengajian Islam boleh digembeleng untuk menjadi salah satu bidang tujuan UniSZA
  2. Peluang untuk mendirikan budaya institusi UniSZA yang unik berteraskan permuafakatan telus, kekitaan dan kecaknaan.
  3. Peluang menyumbang kepada komuniti setempat dalam bentuk tambah-nilai kepada industri pertanian/bioteknologi/ICT/pengajian Islam menerusi komunikasi ilmiah dan hasil penyelidikan.

{/xtypo_rounded2} {xtypo_rounded2}

Halangan (Threats)

  1. Pengurangan peruntukan untuk:
    1. Pembangunan infrastruktur dan prasarana;
    2. Jawatan baru;
    3. Perolehan peralatan/kemudahan;
    4. Latihan
  2. Kelewatan penyiapan keperluan infrastruktur (bangunan/kemudahan).
  3. Kesukaran untuk menarik kakitangan akademik yang berstatus dan berwibawa ke Pantai Timur.
  4. Kekurangan infrastruktur sokongan di luar kampus seperti kemudahan penginapan yang bersesuaian dengan pelajar.

{/xtypo_rounded2}

Pendekatan Perancangan Strategik UniSZA

Pendekatan rangka kerja perancangan ini adalah seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah, menerusi rujukan dan input dari kakitangan UniSZA. Perancangan ini disampaikan kepada warga UniSZA menerusi media elektronik, taklimat, mesyuarat, seminar dan bengkel.

Nilai Teras UniSZA

Nilai-nilai teras yang menjadi amalan dan pegangan oleh warga UniSZA adalah seperti berikut:

  1. Beretika dan berakhlak.
  2. Kompeten dan berkemahiran
  3. Profesionalisme
  4. Permuafakatan/Telus/Kerja berpasukan
  5. Kreatif dan Invatif
  6. Fokus pelanggan
  7. Berkepetanggungjawaban
  8. Kecaknaan dan kekitaan
  9. Kebolehpercayaan
Maklumat lanjut berkenaan Pelan Strategik UniSZA boleh dirujuk kepada dokumen Pelan Strategik UniSZA 2007-2020 (semakan 2012) [klik di sini untuk muat turun].

| Print | PDF 

Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Kualiti (SPaQM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),
Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, MALAYSIA.
Tel: 09-668 8901 | Email: spaqm@unisza.edu.my | Faks: 09-6677868