Monday, 24 February 2020

Mesyuarat CAPs Bil. 3/2014

Mesyuarat Projek Agenda Kritikal (CAPs) Bil.3/2014 telah diadakan pada 04 September 2014 baru-baru ini yang bertempat di Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran UniSZA Kampus Gong Badak. Mesyuarat yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Program (PMU) itu dipengerusikan oleh Yg. Bhg. Prof. Datuk Dr. Yahaya bin Ibrahim. Mesyuarat turut disertai pengarah PMU, Prof. Madya Dr. Azizah binti Endut, ketua-ketua pusat tanggungjawab (KPTj), dekan-dekan fakulti serta penyelaras data.

Tujuan mesyuarat kali ini diadakan ialah untuk membincangkan petunjuk prestasi utama (KPI) CAPs untuk suku ke-3 iaitu sehingga September 2014. Selain itu mesyuarat turut membincangkan langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil bagi mencapai sasaran KPI 2014 yang telah ditetapkan oleh pihak Kemeterian Pelajaran Malaysia (KPM) serta pihak UniSZA sendiri.

Mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam itu berakhir pada jam 11.00 pagi.

| Print | PDF 

Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Kualiti (SPaQM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),
Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, MALAYSIA.
Tel: 09-668 8901 | Email: spaqm@unisza.edu.my | Faks: 09-6677868