Sunday, 21 September 2014 11:06
Lambaian Kaabah
Sukacita dimaklumkan pada 21 September 2014 pengarah Unit Pengurusan Projek (PMU), Prof. Madya Dr. Azizah Endut telah selamat berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Sebelum itu timbalan pengarah PMU, Dr. Engku Fadzli Hassan Syed Abdullah telah berlepas ke tanah suci pada 7 September 2014.
Tugas-tugas pengarah PMU akan digantikan oleh Prof. Dr. Noorhayati Mansor sebagai pemangku jawatan.
Warga PMU mengucapkan selamat mengerjakan ibadat haji dan mendoakan semoga dikurniakan hajiMarbrur.