Monday, 24 February 2020

Bengkel Perangkaan Sasaran KPI UniSZA 2015

Bengkel Perangkaan Sasaran KPI UniSZA 2015 telah diadakan pada 18 hingga 19 Mei 2015 yang lepas di Duyong Marina & Resort Terengganu (Ri-yaz Heritage). Bengkel ini disertai oleh Penyelaras Data bagi setiap Fakulti, Pusat Kecemerlangan (CoE) serta pusat tanggungjawab (PTj) yang berkaitan.

Objektif bengkel ini diadakan untuk menetapkan sasaran KPI UniSZA mengikut tonggak Pelan Strategik 2015-2020, merangka sasaran KPI UniSZA bagi semua PTj terlibat dan juga mengemaskini pencapaian UniSZA sehingga Mei 2015. Perangkaan sasaran ini dibuat berdasarkan penilaian KPI UniSZA seperti Malaysia Research Assesment (MyRA), QS Star, QS Ranking, SETARA serta CAPs. Program dimulakan dengan ucapan aluan olehPengarah Unit Perancangan Strategik (UPS), Prof. Dr. Wan Abd Aziz Bin Wan Mohd Amin. Para peserta turut diberi penerangan secara terperinci berkenaan sistem e-Data Online oleh Timbalan Pengarah UPS, Dr. Engku Fadzli Hasan Bin Syed Abdullah.

Sesi penutup bengkel ini dihadiri Y.Bhg Prof. Datuk Dr. Yahaya bin Ibrahim Naib Canselor UniSZA, Prof. Madya Nordin bin Jusoh, Pendaftar UniSZA serta Prof. Madya Dr. Hj. Mustafa Bin Dakian,  Timbalan Pengarah Pusat Kualiti Akademik dan e-Pembelajaran.

| Print | PDF 

Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Kualiti (SPaQM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),
Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, MALAYSIA.
Tel: 09-668 8901 | Email: spaqm@unisza.edu.my | Faks: 09-6677868