By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy. sparqm

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Perancangan Strategik, Risiko & Pengurusan Kualiti, Universiti Sultan Zainal Abidin

Minggu Citra Akademik UniSZA

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat & Latihan UniSZA TELAH mengadakan Minggu Citra Akademik bermula 20 hingga 24 September 2020 (Ahad hingga Khamis), bertempat di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Beliau turut menyampaikan ucap utama bertajuk "Hala Tuju Dan Transformasi Akademik UniSZA (Sentuhan Insani Peneraju Transformasi Pendidikan)".

Objektif program ini diadakan adalah memperkasakan transformasi akademik dalam pembentukan kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran dan inovasi akademik, meningkatkan kefahaman staf akademik berkenaan Future Ready Curriculum dan Flexible Education with Soul serta mengadakan latihan secara praktikal dan komprehensif berkenaan kaedah serta teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Hubungi Kami

Pusat Perancangan Strategik, Risiko & Pengurusan Kualiti (SPaRQM)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 7608
  09-668 7868
  spaqm@unisza.edu.my
UNISZASPaQM
 

Lokasi

 

Ikuti Kami

Pengunjung

070024