By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy. sparqm

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Perancangan Strategik, Risiko & Pengurusan Kualiti, Universiti Sultan Zainal Abidin

Sekapur Sirih Seulas Pinang - Pengarah

bismillah

 

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Perancangan Strategik, Risiko & Pengurusan Kualiti (SPaRQM). Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kerana atas kebesaran dan limpah rahmatNya dapat kami membangunkan laman web SPaQM ini dengan hasrat menjadi salah satu saluran penyebar maklumat strategik universiti kepada warga kampus. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua staf SPaRQM atas daya usaha yang dilakukan sejajar dengan perubahan dan perkembangan terkini Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Cabaran globalisasi pendidikan tinggi yang dinamik menuntut UniSZA  untuk bekerja dengan lebih cekap dan kreatif bagi merealisasi visi dan misinya. SPaQM merupakan entiti yang telah dipertanggungjawabkan untuk membantu pengurusan UniSZA dalam membangun dan menyelaras usaha-usaha berkaitan dengan perancangan strategik, penarafan, pengurusan kualiti melibatkan akademik dan juga kualiti pengurusan pentadbiran iaitu Quality and Risk Management System (QRMS). Ini adalah bagi memastikan perkembangan dan hala tuju UniSZA memenuhi keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Bagi mencapai visi menjadi "Universiti Islam Integrasi Kontemporari", SPaRQM bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menzahirkan kecemerlangan universiti melalui perancangan strategik dan pengurusan kualiti yang berkesan. Oleh itu, kesepaduan tindakan daripada semua pihak diperlukan bagi memastikan agar hala tuju yang dihasratkan dapat dicapai dengan jayanya.

Akhir kata kami berharap agar warga UniSZA beroleh manfaat dari laman web ini dan kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan dan maklum balas bagi memastikan kami menyediakan perkhidmatan dan memberi sumbangan yang terbaik demi kemajuan UniSZA.

Sekian, terima kasih

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Ilmu dan Akhlak"

Pengarah
Pusat Perancangan Strategik, Risiko & Pengurusan Kualiti (SPaRQM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

 

Hubungi Kami

Pusat Perancangan Strategik, Risiko & Pengurusan Kualiti (SPaRQM)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 7608
  09-668 7868
  spaqm@unisza.edu.my
UNISZASPaQM
 

Lokasi

 

Ikuti Kami

Pengunjung

069889