By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy. sparqm

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Perancangan Strategik, Risiko & Pengurusan Kualiti, Universiti Sultan Zainal Abidin

Bengkel PTA 2021–2025

Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah mengadakan Bengkel Perancangan Pelaksanaan Pelan Tindakan Akademik Bagi Tahun 2021 – 2025 selama 2 hari pada 28 dan 29 Disember 2020 (Isnin & Selasa) bertempat di Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak. Bengkel ini melibatkan semua Dekan, Pengarah Pusat Pengajian Teras (PPT), Pengarah Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) serta Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah) fakulti.

Bengkel ini adalah rentetan dari perancangan yang telah diadakan pada setiap tahun bermula tahun 2015 dan sehingga 2020. Objektif utama Bengkel Perancangan Pelaksanaan Pelan Tindakan Akademik bagi tahun 2021 sehingga 2025 ini diadakan adalah bertujuan untuk persediaan pelaksanaan penilaian semula pembangunan PTA yang telah dirancang pada tahun 2015-2020 supaya aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2021-2025 sentiasa dipertingkatkan dan berdaya saing. Perancangan Pelaksanaan Pelan Tindakan Akademik adalah asas kepada kecemerlangan akademik UniSZA dan sebagai membuktikan komitmen tinggi UniSZA untuk menjadi pusat pengajian yang unggul di negara in

Hubungi Kami

Pusat Perancangan Strategik, Risiko & Pengurusan Kualiti (SPaRQM)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 7608
  09-668 7868
  spaqm@unisza.edu.my
UNISZASPaQM
 

Lokasi

 

Ikuti Kami

Pengunjung

070024