Friday, 22 January 2021

KATA ALUAN PENGARAH

 

pengarah
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Kualiti (SPaQM). Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kerana atas kebesaran dan limpah rahmatNya dapat kami membangunkan laman web SPaQM ini dengan hasrat menjadi salah satu saluran penyebar maklumat strategik universiti kepada warga kampus. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua staf SPaQM atas daya usaha yang dilakukan sejajar dengan perubahan dan perkembangan terkini Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Cabaran globalisasi pendidikan tinggi yang dinamik menuntut UniSZA  untuk bekerja dengan lebih cekap dan kreatif bagi merealisasi visi dan misinya. SPaQM merupakan entiti yang telah dipertanggungjawabkan untuk membantu pengurusan UniSZA dalam membangun dan menyelaras usaha-usaha berkaitan dengan perancangan strategik, penarafan, pengurusan kualiti, pengurusan risiko, pengurusan bakat  dan latihan staf akademik. Ini adalah bagi memastikan perkembangan dan hala tuju UniSZA memenuhi keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Pendidikan Tinggi (PPPM-PT).

Bagi mencapai visi  menjadi "Universiti Pilihan Dunia", SPaQM bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menzahirkan kecemerlangan universiti melalui perancangan strategik dan pengurusan kualiti yang berkesan. Oleh itu, kesepaduan tindakan daripada semua pihak diperlukan bagi memastikan agar hala tuju yang dihasratkan dapat dicapai dengan jayanya.

Akhir kata kami berharap agar warga UniSZA beroleh manfaat dari laman web ini dan kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan dan maklum balas bagi memastikan kami menyediakan perkhidmatan dan memberi sumbangan yang terbaik demi kemajuan UniSZA.

Sekian, terima kasih

"Ilmu dan Akhlak"

PROF. MADYA DR. ENGKU FADZLI HASAN BIN SYED ABDULLAH
Pengarah
Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Kualiti (SPaQM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

| Print | PDF 

Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Kualiti (SPaQM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),
Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, MALAYSIA.
Tel: 09-668 8901 | Email: spaqm@unisza.edu.my | Faks: 09-6677868