Monday, 24 February 2020

LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG

Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti atau Centre for Strategic Planning and Quality Management (SPaQM) dahulunya dikenali sebagai Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Risiko (SPRiM). Justeru itu, pada 2 Februari 2017, Jawatankuasa Pengurusan Universiti telah bersetuju agar Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Risiko (SPRiM) digabungkan dengan Unit Penilaian Prestasi dan Jaminan Kualiti (PAQAR) untuk menjadi sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) baharu yang dikenali sebagai Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Kualiti (SPaQM).  Penggabungan entiti SPRiM dan PAQAR kepada SPaQM adalah dengan niat untuk membangunkan sistem pengurusan universiti yang efektif dan demikian memastikan kelancaran pelaksanaan Pelan Strategik UniSZA.


OBJEKTIF DAN PERANAN

SPaQM telah diberi tanggungjawab yang lebih luas yang menjadikannya tonggak utama dalam pembangunan perancangan dan pengurusan strategik, kualiti, bakat dan data untuk membantu pengurusan  tertinggi universiti dalam pemantauan, membuat keputusan, perancangan jangka masa pendek dan jangka panjang secara menyeluruh. Justeru itu, objektif penubuhan SPaQM adalah memastikan segala perancangan dan pelaksanaan Pelan Strategik UniSZA dapat dilakukan sepenuhnya selain melakukan pemantauan ke atas KPI yang berkaitan universiti sepertimana dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.


Selain itu, peranan penubuhan SPaQM adalah;

i. Merancang dan melaksanakan program/bengkel berkaitan pelan strategik

ii. Memastikan pelan strategik UniSZA diselaraskan dengan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)

iii. Menyedia/menaik taraf/ mengawal selia sistem maklumat bersepadu dan pangkalan data staf akademik untuk tujuan mengurus prestasi.

iv. Memurnikan kriteria penilaian prestasi staf akademik bagi meningkatkan prestasi.

v. Mengurus/menyelaras latihan kepemimpinan.

vi. Mengurus kepimpinan akademik universiti.

vii. Menyelaras dan memantau proses permohonan Anugerah Akademik Universiti (AAU).

viii. Menerima cadangan penerima AAU yang disaring oleh Jawatankuasa Teknikal AAU untuk di bawa ke mesyuarat induk AAU.

ix. Memantau dan menyelaras data bagi keperluan KPI UniSZA: MyRA, SETARA, MyMohes dan QS Star.

x. Mengumpul maklumat dan data untuk kegunaan KPI UniSZA.

xi. Mengawal, memantau dan menambahbaikan Kualiti di PTj.

xii. Memantau kualiti dan menjadi perantara UniSZA dengan pihak SIRIM.

xiii. Menguruskan hal ehwal berkaitan pengiktirafan MS ISO bagi setiap PTj di UniSZA.

xiv. Menjalankan pemantauan dan pemerhatian dalam memastikan PTj di UniSZA menuju ke arah persijilan MS ISO.

xv. Menyediakan polisi pengurusan risiko.

xvi. Menyediakan pelaporan kepada Pengurusan universiti.

| Print | PDF 

Pusat Perancangan Strategik & Pengurusan Kualiti (SPaQM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),
Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, MALAYSIA.
Tel: 09-668 8901 | Email: spaqm@unisza.edu.my | Faks: 09-6677868