By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy. sparqm

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Perancangan Strategik, Risiko & Pengurusan Kualiti, Universiti Sultan Zainal Abidin

SOALAN DAN JAWAPAN (Q & A)

3. Bakat Berprestasi Tinggi
 
Bil Sila nyatakan pertanyaan anda di bawah: Maklum Balas
1 Seperti pihak pengurusan sedia maklum, ramai di kalangan staf hospital yg terdiri drpd staf yg telah lama berkhidmat dr agensi badan berkanun yg lain. Apakah perancangan pihak universiti tentang kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK1 & TBK2) bagi staf-staf yg telah mencapai tahun perkhidmatan dalam servis kerajaan utk kenaikan pangkat ini tetapi masih baru di UniSZA secara amnya. Terima kasih. Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2017 dan tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik
2 Nak tanya berkenaan Time-Based kenaikan pangkat(TBK)-issuenya, kami staf HPUniSZA, ramai yang dari organisasi lama(KKM/KPT) yang berstatus tetap dan yang berpengalaman lebih 10 tahun. Tempoh 3 tahun pertama kami di HPUniSZA, segala urusan kenaikan pangkat/TBK di freezekan.soalan saya, adakah nanti selepas disahkan jawatan, kami yg layak ni akan secara automatic dapan TBK ni dan adakah kami dapat back dated dari segi gaji? Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2017 dan tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik
3 Cadangan : tambah sistem reward yg lebih komprehensif kepada pelaksana dlm mencapai kejayaan psu ini. Reward boleh dlm bentuk ganjaran atau kenaikan pngkat yg selaim drp anugerah2 sedia ada Tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik
4 Di bawah advanced training process; staf sering menghadiri latihan yg sama setiap tahun seakan tiada latihan baharu mengikut skim yg tertentu. Contoh latihan khusus untuk skim J, F, DV dan lain2. Kebanyakan latihan yg dianjurkan tertumpu kepada skim N iaitu skim majoriti. Bg PTj yg kecil, staf yang sama sahaja yg akan menghadiri latihan sebagai memenuhi syarat untuk kehadiran. Sejauh mana perancangan latihan dibuat bg meningkatkan kemahiran dan pengetahuan staf? Berdasarkan kefungsian Pusat Tanggungjawab dan permohonan daripada staf.
5 Sy Jururawat yg memiliki pengalaman selama 15tahun.Sedia maklum,Pangkat sy semasa berada Di majikan sebelum ni Adalah Gred U32(kup).Disini,sy bergred U29.Berapa lama sy perlu tunggu untuk mendapatkan Semula Gred U32 tersebut.Dan,Adakah pemotongan kwsp berterusan selama 3tahun berturut2 walaupun berstatus tetap.Terima kasih. Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2017 dan tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik

Puan perlu terlebih dahulu melalui proses pengesahan dalam perkhidmatan. Selepas puan disahkan dalam perkhidmatan, puan boleh terus memohon Pemberian Taraf Berpencen (PTB) sekiranya puan pernah memilih Skim Pencen sebelum ini. Caruman ke KWSP akan dihentikan selepas puan diluluskan Pemberian Taraf Berpencen dan selesai pendaftaran sebagai ahli KWAP.
6 Sebu+C14:C18t soal kenaikan pangkat, mohon diberi kelonggaran kpd staf pelaksana utk diberi peluang kenaikan pangkat dlm masa yg tidak terlalu lama, sperti staf pegawai yg hnya 6 ke 7 tahun..sedangkan kerja as satu team di jabatan..tapi pegawai trlebih dhulu diberi kenaikan pangkat walaupun dia baru brtugas di unisza.sdgkan staf lama as pelaksana belum lagi naik pangkat..mohon diberi laluan agar ia mmberi kebaikan kpd semua staf unisza..trima kasih Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2017 dan tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik
7 Bagaimana status untuk staff kontrak di HPUniSZA Permohonan perjawatan dikemukakan setiap tahun di Sesi Runding Cara dan ia tertakluk kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam 
8 Apa perancangan pihak Pendaftar mengenai staf akademik yang berstatus kontrak untuk diserap ke jawatan tetap? Permohonan perjawatan dikemukakan setiap tahun di Sesi Runding Cara dan ia tertakluk kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam 
9 Soalan kepada pejabat pendaftar. Daripada 643 staf akademik aktif, berapa ramai staf akademik yg berstatus kontrak? Adakah pemdaftar mempunyai perancangan utk meningkatkn waran kpd staf akademik kontrak supaya staf akademik kontrak ini mencapai peluang yg sama seperti staf akademik tetap Permohonan perjawatan dikemukakan setiap tahun di Sesi Runding Cara dan ia tertakluk kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam 
10 As-Salam..
 Sejauh manakah penglibatan staff, seperti yg dinyatakan?. Adakah staf akan terlibat secara langsung atau secara tidak langsung?
Semua staf perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan PSU
11 Assalamualaikum w.b.t
 Adakah staff kontrak (setahun) di Hpunisza akan diberi perlantikkan tetap selepas habis kontrak tempoh setahun itu? Atau akan disambung kontrak lagi selepas ini..
 Terima kasih.
Permohonan perjawatan dikemukakan setiap tahun di Sesi Runding Cara dan ia tertakluk kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam 
12 Adakah gred KUP32 akan diwujudkan di HPUniSZA? Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2017 dan tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik
13 Salam saya nak Tanya pasal sambung degree untuk nursing bagiata pengajian jarak jauh,,adakah perlu disahkan jawtan terlebih dahulu baru boleh sambung degree? Rujuk garis panduan Cuti Belajar Staf Pentadbiran di laman web Pejabat Pendaftar.
14 Salam , saya ingin bertanya mengenai pelan strategik laluan perkembangan kerjaya hpunisza Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2017 dan tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik
15 UniSZA akan mengalami pengurangan staf yg ketara (terutamanya staf yg dilantik pada zaman kusza akan bersara pilihan atau wajib). Apakah perancangan pej. Pendaftar utk memastikan waren2 yg dikosongkan di isi segera bg memastikan tadbir urus di PTj tersebut tidak tergendala. Penggantian staf bagi staf bersara telah diambil tindakan dengan sewajarnya.
16 Mencadangkan supaya staf pentadbiran juga diberi peluang yang sama seperti staf akademik seperti peluang menjalani latihan sangkutan/ benchmarking ke luar negara, peluang cuti belajar peringkat master & phd dengan tajaan dan seumpamanya demi mencapai strategi utama Bakat Berprestasi Tinggi. Pihak Pengurusan Universiti telah bersetuju mengemukakan staf pentadbiran (Kumpulan Pengurusan & Profesional) untuk menjalani latihan sangkutan di dalam negara dan luar negara.
17 Assalamualaikum WBT, pelan strategik UniSZA perlu lebih berstrategik bermula dengan kebersamaan dan keharmonian warga UniSZA. Pelan strategik bukan sekadar untuk mencari populariti yang hanya mengangkat sesetengah warga sahaja, tapi ianya perlu mengangkat warganya sendiri. Soalan saya, dimanakah langkah-langkah strategik UniSZA dalam membantu staf2 terutamanya daripada kumpulan non akademik yang telah lama berstatus kontrak dan juga keperluan kepada mereka dalam membina kemajuan kerjaya mereka sepertimana staf2 di kementerian2 lain di dalam kerajaan Malaysia. Cadangan saya, UniSZA wajib memberi peransang kepada staf non akademik dalam membangun kerjaya mereka dan ianya bukan semata-mata untuk kumpulan akademik sahaja. Sekian, terima kasih. Permohonan perjawatan dikemukakan setiap tahun di Sesi Runding Cara dan ia tertakluk kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam 
18 Pelaksanaan PSU memerlukan komitmen teguh daripada semua pihak di UniSZA. Namun tempoh 8 tahun merupakan tempoh yang agak lama. Komitmen semua pihak dalam tempoh ini juga perlu konsisten tanpa dipengaruhi perubahan organisasi dan sebagainya. Komitmen yang berterusan/konsisten juga memberi kesan dari sudut motivasi. Adakah pencapaian ini juga boleh memberi sumbangan besar dalam kemajuan kerjaya atau LNPT? Semua staf berperanan dan bertanggungjawab menjayakan PSU.
19 1. Salam, saya ingin bertanya bagi kumpulan p&p, adakah kami dibenarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi (masters/PhD)?
 
 2. Adakah Universiti akan menawarkan biasiswa/ tajaan bagi mengikuti pengajian tersebut?
Rujuk garis panduan Cuti Belajar Staf Pentadbiran di laman web Pejabat Pendaftar.
5. Hero Komuniti
Bil Sila nyatakan pertanyaan anda di bawah: Maklum Balas
1 Apakah perancangan terdekat community heroes  Diperingkat awalan, adalah proses penerangan dan pemahaman tentang konsep Hero Komuniti dikalangan warga UniSZA sama ada kakitangan mahupun pelajar. Program-program pelajar yang sedia ada yang dilaksanakan masih lagi dikekalkan, cuma sedikit penekanan diberikan kepada pengisian setiap program agar memenuhi aspirasi dalam setiap Strategi Teras Hero Komuniti. PTNC HEPA sebagai penyelaras turut akan memperkenalkan beberapa program Hero Komuniti sama ada dalam bentuk  KTP atau USR yang akan dilaksanakan oleh persatuan pelajar di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. 
2 Saya sangat tertarik dengan salah satu strategi utama PSU iaitu Hero Komuniti. Salah satu posting dalam kursus perubatan unisza ada menjalankan penyelidikan dan program intervensi bersama komuniti setempat dan isu utama adalah bajet. Memandangkan ia merupakan satu outreach program dan requirement dalam kurikulum, dan merupakan aktiviti komuniti (memperkasakan domain hero komuniti dalam psu) boleh kah bajet secara konsisten disalurkan supaya program ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan dapat mencapai komunti dengan lebih meluas.  PTNC HEPA sebagai penyelaras Hero Komuniti dalam proses  memperkenalkan geran perlaksanaan program Hero Komuniti yang melibatkan 3 pihak; iaitu komuniti / industri, pelajar dan kakitangan. Setiap PTj boleh memohon geran tersebut bagi melaksanakan program Hero Komuniti sama ada KTP atau USR. 
3 Community heroes
Integration of Islamic values
To enhance, do have proper rules & regulation on dress codes n attire.
Currently we academics observe no enforcement/punishment/ fines for non compliance. No proper rules gazette n inform for Muslims n no Muslims as we are contemporary Islamic Universities.
Thank you.
Dalam pendekatan Education with Soul, UniSZA lebih menekankan kaedah mendidik dengan kasih sayang kepada pelajarnya. Kerjasama daripada semua pihak sama ada staf akademik, staf pentadbiran dan pelaksana amat diperlukan bagi menasihati dan menegur para pelajar dalam mendidik pelajar agar menjadi insan yang lebih baik. Walaubagaimanapun, penguatkuasaan peraturan tetap akan dilaksanakan seperti biasa termasuklah tindakan disiplin sehinggalah dibawa ke JK Tatatertib.
4 Jika boleh prof nyatakan model komuniti hero yg UniSZA mahukan .Bukan sekadar pi gotong royong dan tolong pindah barang banjir Terdapat dua model asas Hero Komuniti yang boleh dilaksanakan iaitu Knowledge Transfer Programme (KTP) dan University Social Responsibilty (USR). Strategi teras yang akan dilaksanakan dalam dua model ini ialah penerapan nilai Islam dan nilai murni dalam program yang akan dilaksanakan, memperkasakan kepimpinan pelajar dan penglibatan aktif dalam program diperingkat antarabangsa / kebangsaan. Aktiviti gotong-royong mungkin boleh dijadikan salah satu kegiatan dalam mencungkil semangat kerjasama & kepimpinan dalam keperibadian pelajar UniSZA.   
5 Mohon Jerayawara ini juga d peringkat Fakulti utk lebih diperhalusi supaya PTJ lebih jelas utk bersama PSU PSU ini amat memerlukan penglibatan dan komitmen semua pihak sama ada kakitangan, pelajar, komuniti setempat dan rakan-rakan strategik yang lain. Setiap wakil di Fakulti bolehlah memainkan peranan bagi menyebarluas maklumat dan pemahaman warga Unisza tentang PSU ini.
6 Bilakah tarikh untuk pelajar mendapat kad matrik bagi tahun 2022/2023 Mengikut maklumat dari pihak RHB, pendaftaran akaun pelajar melalui Kad Prihatin Siswa akan dibuat pada awal Mac 2023.
7 Jangkaan bila pelajar akan dapat kad matrik? Mengikut maklumat dari pihak RHB, pendaftaran akaun pelajar melalui Kad Prihatin Siswa akan dibuat pada awal Mac 2023.
8 Apa penyelesaian UniSZA berkenaan isu asrama yang tidak mencukupi dengan bilangan pengambilan pelajar yang semakin bertambah saban tahun
Dan mengapa tidak laksana kan sistem merit yang kelihatan lebih adil sepertimana yang dijalankan oleh universiti lain (umt)
Bilangan fasiliti kolej kediaman yang terlalu terhad, (termasuk yang dalam penyelenggaraan) menjadikan pihak pengurusan Unisza tidak mampu untuk memberi sebarang komitmen kepada pelajar. 
9 1) kemudahan fasiliti, penambahbaikan tempat letak kenderaan supaya pelajar atau staff tahu dan dielakkan didenda kerana keliru dengan garisan samar2 pada petak jalan. Peruntukan mengenai ini adakah akan diberikan.
2) cadangan 2 : pengacara majlis atau moderator dari pelajar diberi “token” atau elaun dalam peruntukan
3) persembahan kesenian dan kebudayaan . guideline penuh bagi membuat persembahan kerana kita ada pelajar Melayu, Cina dan India termasuk bangsa/kaum lain 
1. PTNC HEPA telah mengadakan perbincangan dengan Pihak Keselamatan berhubung isu parkir ini. Papan tanda yang jelas bagi parkir staf dan pelajar akan diletakkan bagi mengelakkan kekeliruan.       2. Cadangan yang baik dan sememangnya dialu-alukan.         3. Persatuan pelajar yang menganjurkan apa-apa majlis yang berkonsepkan persembahan bolehlah merujuk kepada Pegawai-pegawai HEPA untuk mendapatkan panduan penganjuran bagi menghasilkan satu majlis yang meriah, tetapi lebih beretika & sesuai dengan persekitaran UniSZA.

Rakaman

  • Rakaman1

  • Rakaman1

  • Rakaman1

    • Rakaman1

    • Rakaman1

       

      Hubungi Kami

      Pusat Perancangan Strategik, Risiko & Pengurusan Kualiti (SPaRQM)
      Universiti Sultan Zainal Abidin
      Kampus Gong Badak
      21300 Kuala Nerus
      Terengganu Darul Iman

        09-668 7608
        09-668 7868
        spaqm@unisza.edu.my
      UNISZASPaQM
       

      Lokasi

       

      Ikuti Kami

      Pengunjung

      069889